Quantcast
Channel: Aniq Bukhary Channel
Viewing all 49 articles
Browse latest View live

You're my inspiration

$
0
0

You live your life to change the world
No matter what the odds may be
You give your life so I will be free
Soaring high beyond my dream..

You're my hero don't you know
Changed my life help me growm
You've made me strong..

You're my inspiration..
You're my motivation..
You're my reason to be..
You're everything to me..


Thankz my mom! This is for you..

Pertemuan singkat ini

$
0
0
Pertemuan semusim ini..
seperti ketentuannya...
kita dipertemukan...

Pertemuan semusim ini...
memori indah kita lakar bersama...
suka duka tawa ria dikongsi...

Kini pertemuan semusim ini
kian berlalu seperti kehendaknya
setiap pertemuan adanya perpisahan..
Hantar mak balik Sabah :(

Bersangka baik pada-Nya

$
0
0
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang kurang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2015 (April)

$
0
0
Belum pun jendela perpindahan april dibuka, sudah ada kejutan demi kejutan daripada beberapa pasukan dengan menandatangani pemain berstatus bintang. Satu perkhabaran gembira buat peminat bola sepak tempatan. Di bawah ini saya senaraikan pemain-pemain yang bakal berhijrah untuk jendela april ini berdasarkan sumber yang admin sendiri research bagi memenuhi permintaan anda.

Johor DT telah pun menandatangani Pato untuk perpindahan april ini

JOHOR DARUL TAKZIM
Patito Rodriguez (Santos) Signed
Al Haji Kamara (Pemain kebangsaan Sierra Lione) Signed

KELANTAN
Austin Amutu (Import Nigeria) Signed
Gilmar Da Silva (Import Brazil) Signed
Amirizduan Taj Tajudin (ATM) Signed

PAHANG
Matthew Davies (Pemain kacukan Australia-Malaysia) Signed

TERANGGANU
Issey Nakajima (Pemain kebangsaan Canada) Signed
Norsharul Idlan Talaha (ATM) Signed 

FELDA UNITED
Christie Jayaseelan (ATM)Signed

SABAH
Joel Chianese (Import Australia) Signed
Faizol Nazlin Sayuti (Kelantan) Signed
Rozaimi Azwar (Kelantan) Signed

Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru. Sekian.

Last update: 1.40am, 30 april 2015

Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2015

$
0
0
Pantun khas hari raya Aidil fitri pilihan terbaik khas untuk anda semua. Selamat hari raya Aidil Fitri daripada penulis dan salam kosong, kosong, kosong bak kata Najwa Latif.


Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2015

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih

ANaK CiNa SungGuH LaWä
JäDì PelüKìS diBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä
JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!)

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2016

$
0
0
JOHOR DARUL TAKZIM
Nurridzuan Abu Hassan (Perak)

PERAK
Indra Putra Mahyuddin (FELDA)
Nazirul Naim (HMA)
Wan Zaharul Nizam (Perak)

KELANTAN
Daudsu Jamaluddin (JDT)

SELANGOR
Amirul Hadi Zainal (JDT)

PAHANG


TERANGGANU
Azidan Sarudin (Pahang)

SARAWAK
Muslim Ahmad (PDRM)
Fakri Shaarani (Kelantan)

FELDA UNITED
Nasir Basharudin (Perak)

PULAU PINANG
Badhri Radzi (Kelantan)
Joseph Kalang Tie (Sarawak)

KEDAH
Shakir Shaari (JDT)

NEGERI SEMBILAN
Bobby Gonzales (Perak)
Shukor Adan (FELDA)
Ashri Chu Chu (Sarawak)

SABAH
Sumardi Hanjalan (Perak)

MELAKA
Gorka Larrea (Levante)
Zamri chin (Kedah)

Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru. Sekian.

Last update: 9.10am, 25 oktober 2015

Peluang perniagaan hanya di usahawan.com

$
0
0
Usahawan.com Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputera. Kewujudan syarikat ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil serta bakal-bakal usahawan untuk mengendalikan perniagaan yang berjaya pada masa hadapan.


Mengapa perlu berniaga
Islam itu sendiri menggalakkan penganutnya untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Seperti kita sedia maklum, 90% punca rezeki datangnya melalui perniagaan. Menyedari hal itu usahawan.com membuka jalan untuk bakal-bakal usahawan menceburikan diri dalam dunia perniagaan melalui penjualan produk khas untuk usahawan.

Peluang perniagaan ditawarkan
Peluang perniagaan yang ditawarkan oleh usahawan.com merangkumi perniagaan percetakan serta makanan.

i) Perniagaan percetakan (printing)
Peluang perniagaan printing yang ditawarkan oleh usahawan.com merangkumi banyak cabang printing. Bagi usahawan yang berminat menceburi bidang percetakan t-shirt, pakej single heatpress sesuai untuk anda. Istimewa mesin ini boleh digunakan untuk apa sahaja jenis kain t-shirt dan warna.

Bagi yang inginkan pakej yang lebih menarik anda boleh mencuba Pakej t-shirt dan cenderahati yang merupakan 8 in 1 Combo Heat Press Machine. Kepakaran khusus tidak diperlukan untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati, ianya cukup lengkap dengan bantuan mesin ini sahaja. Mesin ini berupaya mencetak T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, beg, jubin seramik dan juga mousepad.

Tetapi jika anda ingin menumpukan kepada mug sahaja,pakej cetak mug juga turut disedikan. Tidak perlu bagi anda meninggalkan pekerjaan tetap untuk memulakan perniagaan semudah ini. Anda mampu menjana pendapatan sampingan tanpa memerlukan kos tinggi atau pun ruang yang sangat besar.

Pakej percetakan


Begitu juga dengan perniagaan cutting plotter. Silhouette Cameo ini berfungsi memotong kertas, vinyl, sticker sehingga 12 “lebar dan 10 kaki panjang. Menyentuh mengenai pasaran, kebanyakan kenderaan menggunakan stiker pada cermin mahu pun bumper. Ini memberi kelebihan bagi mereka yang menjalankan bisnes ini.

Sejak pengeluaran dari kilang lagi kenderaan sudah ditempel dengan pelbagai jenis sticker. Bukan kilang sahaja yang menempelkan sticker dengan nama pengilang, tetapi pengedar juga turut meletakkan sticker di bahagian belakang kenderaan. Ia bukan sahaja menambah seri, tetapi juga menunjukkan identiti jenis kenderaan serta kaedah promosi masa kini.

Usahawan.com juga menyediakan pakej flash stamp ataupun lebih dikenali sebagai 'cop perniagaan' yang terbukti mendapat permintaan tinggi dipasaran tempatan. Tidak ketinggalan juga pakej button badge yang turut tersedia buat usahawan.

Pakej PVC ID Card turut disediakan di usahawan.com. Ia turut menjanjikan keuntungan besar disebabkan target costumer pun berskala besar. Lazimnya pelanggan yang memerlukan ID card ini merangkumi ahli sekolah, kolej ahli korporat dan vip. Melalui costumer yang berpengaruh ini, satu potensi besar buat perniagaan anda lebih dikenali ramai.

Pakej bisnes card automatik. Business Card Cutter merupakan sejenis mesin automatik yang membolehkan pengguna memotong kad perniagaan menjadi 10 kad perniagaaan berasingan. Dengan Auto Business Card Cutter ini anda boleh menghasilkan kad perniagaan dengan cepat dan mudah mengikut permintaanDalam membantu bakal-bakal usahawan, usahawan.com tidak fokus kepada mesin percetakan sahaja.

ii) Perniagaan makanan (food and beverages)

Perniagaan menghasilkan produk makanan turut disediakan. Antara produk yang disediakan adalah seperti berikut:

Pakej Bisnes Crepes

http://www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-crispy-crepe
Klik gambar untuk tawaran harga menarik

Pakej Bisnes Kentang Spring

http://www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-kentang-spring
Klik gambar untuk tawaran harga menarik

Pakej Bisnes PopCorn

www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-pop-corn-kiosk-beroda
Klik gambar untuk tawaran harga menarik

Pakej Bisnes Soft Ice Cream

http://www.usahawan.com/shop/soft-ice-cream-machine
Klik gambar untuk tawaran harga menarik

Pakej Bisnes Bubble Waffle

http://www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-bubble-waffle-elektrik
Klik gambar untuk tawaran harga menarik

Pakej Bisnes Classic Waffle

http://www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-classic-waffle
Klik gambar untuk tawaran harga menarik

Pakej Bisnes Waffle Stick

Klik gambar untuk tawaran harga menarik

Pejabat urusan, Seremban
Cawangan Shah Alam
Cawangan Johor Bharu
Cawangan Seberang Jaya
Facebook: Usahawan.com

Kita sebenarnya singa yang menggerunkan

$
0
0
Ingatkah kita pada kisah seekor anak singa yang dibela sekumpulan kambing setelah terpisah dengan ibunya?

19 disember, 1.15pm, Sunway Piramid (gambar hiasan)
Singa yang hidup dalam kelompok kambing itu belajar mengembik, mengunyah rumput dan berperilaku seperti kambing sehinggalah ia dewasa.

Satu ketika sekumpulan singa telah terserempak dengan sekumpulan kambing itu.

Kambing-kambing pun bertempiaran lari ketakutan termasuk singa yang dibela kambing tadi.

Singa-singa lain berasa hairan. Sekumpulan singa itu pun berfikir bagaimana untuk mengembalikan singa berperilaku kambing itu pada cara hidup singa sebenar.

Makan seperti singa, mengaum seperti singa, bergaul seperti singa agar terserlah kehebatan dan mendatangkan gerun pada binatang lain.

***

Orang cerdik pandai kata..

Singa berperilaku kambing itu adalah gambaran umat Islam kini. Sejak lahir telah kehilangan identiti dan jati diri islam.

Cara bergaul, cara berpakaian, bahkan cara hidupnya kita pun sudah tidak melambangkan islam lagi.

Kenapa?

Jawabannya karena kita sudah lama membesar dengan cara hidup bukan islam. Kita hanya meniru agama dan budaya selain daripada islam.

Kehidupan kita jauh drpd islam dan satu-satunya yang masih Islam hanyalah nama. :'(

#YaAllahPerbaikiKamiYaAllah


Harapan 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan salam tahun baru. Seperti biasa masuk sahaja tahun baru semua nak update pasal azam. Pemilik blog ini pun tak nak ketinggalan juga.

Untuk 2016 tak harap banyak sangat. Cuma azam kurangkan marah macam tahun ni dan kembali seperti tahun2 sudah setahun sekali marah. :P

Buat costumer printing yang pernah berurusan pula, jika saya pernah terhutang ataupun terkurang seringgit dua yang terlepas pandang (terutama costumer online). Mohon pm saya dengan segera (SERIUS).

2015 menceritakan ramai insan yang kita sayangi meninggalkan kita, mungkin 2016 giliran kita pula. :)

Koleksi dialog lawak mencuit hati terbaru (part 1)

$
0
0
Assalamualaikum dan apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, adik-adik comel, kakak-kakak cantik yang sedang membaca perkongsian kali ini. Tahniah saya ucapkan kerana sampai ke halaman ini dan saya yakin anda yang tengah membaca sedang mencari dialog lawak mencuit hati untuk dijadikan penghibur hati dikala lara. Cheeewaaaahhh!

Sebelum saya mencarut yang bukan-bukan, tanpa berlengah mari kita layan koleksi dialog lawak mencuit hati 2016 ini. Semoga urat-urat senyum anda kembali aktif seperti sediakala.

Lawak 1: Datang lambat.
Cikgu: Kenapa datang lambat?
Raman: Jalan jem cikgu.
Cikgu: Alasan sama je.
Raman: Dah tu cikgu asyik tanya soalan sama.
Cikgu: @#$%^&*()

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 2: Basuh pinggan.
Raman dan kawan-kawan membasuh pinggan mangkuk kenduri:

Makcik: Amboi! basuh pinggan macam puteri gunung ledang sopan sungguh.
Raman: Bila pula puteri gunung ledang basuh pinggan. dia kan puteri.
Makcik: Erk? Betul juga. Mesti ramai orang gaji. Hmm
Raman: Mak cik, mak cik.

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Gambar ehsan google

Lawak 3: Kopi pahit
Syasha: Kopi apa yang paling pahit?
Zack: Kopiko
Syasha: Salah
Zack: Kau pilih dia daripada aku.
Syasha: Pun salah.
Zack: Habis tu?
Syasha: Kopimampus. Wkakakaka!

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 4: Posmen hantar surat
Seorang posmen sedang menghantar surat:

Posmen: Assalamualaikum
Sameon: Walaikumsalam
Posmen: Ni rumah encik Sameon ye?
Sameon: Ya ini rumah saya.
Posmen: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni.
Sameon: Buat susah je encik nie! Apasal tak pos je?

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

Lawak 5: Sidai baju
Joyah: Syasha, tolong mak jap, boleh?
Syasha: Tolong apa, mak?
Joyah: Tolong sidai baju kejap
Syasha: Hujan lah, mak
Joyah: Lembab punya anak. Pakai lah payung.
Syasha: @%#!&

Suasana tiba-tiba sepi. Angin berhembus dan burung-burung pun berkicauan. :D

***

Tahun 2016 ini saya cuba mengemas kini dan mencari semula kata-kata yang tersimpan dalam draf blog. In shaa Allah saya akan publish kata-kata tersebut apabila semuanya sempurna. Ada masa kita berjumpa lagi dilembaran akan datang. Senyum selalu.

Gol Faiz Subri: Komen 'pedas' dari Mat Salleh buat pengulas sukan Malaysia

$
0
0

Mesti ramai yang dah tengok sepakan percuma Faiz Subri yang dianggap ajaib semalam kan?

Tapi admin tak nak ulas panjang pasal gol tu tapi nak sentuh sikit pasal komen 'mat salleh' mengenai pengulas sukan yang mengulas perlawanan tersebut.

David Buckley menulis : "Bagaimana pengulas tu boleh memberi reaksi seperti dia melihat perkara ini setiap hari?..."

Tiada keterujaan mengulas gol secantik itu yang jarang-jarang berlaku di mana-mana perlawanan bola sepak.

Daripada komen tersebut, otak gila admin terfikir mungkin sudah tiba masanya Rahman mengambil alih menjadi pengulas bola sepak Malaysia.

Barulah teruja dan tak bosan 90 minit menonton game bola sepak. Betul tak? Ada yang sependapat dengan admin?

Maksud sebenar perkataan 'cia cia cia' yang kini trending

$
0
0
Apakah maksud perkataan 'cia cia cia' ataupun sesetengah menyebutnya 'chia chia chia' yang kini menjadi trending dilaman sosial? Di sini saya menerangkan serba sedikit maksud perkataan ini berdasarkan pengetahuan serta research yang telah dibuat.

Rancangan yang telah memperkenalkan fenomena 'cia cia cia'.

Trend ini bermula daripada satu rancangan yang disiarkan di astro warna iaitu rancangan sepahtu reunion. Perkataan ‘cia cia cia’ sebenarnya adalah gelak ketawa kumpulan ini selepas memberikan ayat-ayat manis yang mempunyai unsur memikat hati wanita (pickup line).

Untuk memahami dengan lebih jelas, video di bawah ini dapat memberikan gambaran mengenai istilah 'cia cia cia' ini.


Ia pada dasarnya merupakan perkataan ketawa 'hahaha' yang telah digantikan dengan perkataan 'cia cia cia'. Jangan tak tahu, perkataan ini sudah pun menjadi trending dan kerap digunakan dilaman-laman sosial termasuklah aplikasi whatsapp.

Contoh situasi penggunaan 'cia cia cia'
Terima kasih kepada pemilik gambar. Ada juga mengatakan idea 'cia cia cia' ini diambil daripada rancangan 'opera van java' dari Indonesia seperti mana yang diperkatakan di laman sosial.

Bagi saya tak kisahlah daripada mana pun. Tapi hakikatnya, sepahtu reunionlah yang telah membawa serta memperkenalkan fenomena 'cia cia cia' ini sehingga menjadi trending di Malaysia. Kini terjawablah sudah persoalan yang bermain dibenak pembaca mengenai maksud sebenar perkataan ini.

Jadi apa tunggu lagi? nak cuba pickup line untuk mencairkan hati wanita-wanita diluar sana? dapatkan lebih banyak lagi ayat pickup line dalam laman fanpage facebook: Himpunan pickup line Sepahtu Reunion.

SELAMAT MENCUBA! :D

10 ayat pickup line popular membuatkan hati wanita cair (part 1)

$
0
0
10 ayat pickup line popular membuatkan hati wanita cair. Nak tengok cair ataupun tidak? Tanpa berlengah kita layan 10 situasi pickup line di bawah ini.

Situasi 1
"Start daripada hari ini I nak jadi petani".
"Kenapa nak jadi petani?"
"Supaya setiap saat I boleh menanam cinta di hati U".

Chia chia chia!

Situasi 2
"Awak lebih suka milo atau kopi?
"Hmm.. saya pilih kopi".
"Kopi?"
"Ya kopi. Kopi nang (ku pinang) kau dengan Bismillah".

Chia chia chia!

Situasi 3
"Pilih kiri atau yang kanan?" (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)
"Hmm.. kanan".
"Kenapa tak pilih dua-duanya, sebab ini juga kan milik awak".

Chia chia chia!
Situasi 4
"Tahu tak, sampai sekarang I masih tak boleh membaca.
"Baca apa?"
"Baca isi hati U".

Chia chia chia!

Situasi 5
"Boleh tak saya nak ambik gambar awak?"
"Buat pe?"
"Nak tunjuk bukti kat kawan yang bidadari syurga sebenarnya memang wujud".

Chia chia chia!

10 ayat pickup line popular membuatkan hati wanita cair.

Situasi 6
"Awak tak penat ke?"
"Kenapa?"
"Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya".

Chia chia chia!

Situasi 7
"Merah ni air tembikai ke?"
"Ye. Merah ni tembikai, yang ni air tebu"
"Mcm tu, bagi saya air tebu satu. Ikat tepi ye"
"Kenapa nak ikat tepi kalau dah boleh ikatan yang sah?"

Chia chia chia!

Situasi 8
"Awak selalu pergi kedai mamak?"
"Tak juga. Kenape?"
"Sebab I dah teh tarik (tertarik) kat U".

Chia chia chia!

Situasi 9
"Awak Aidah kan?"
"Bukanlah. Saya Siti. Kenape?"
"Sebab Ai dah (I dah) lama minat kat you".

Chia chia chia!

Situasi 10
"Tumpang tanya,
I baru lagi kat sini.
Boleh tak bagi direction jalan nak pergi hati U?"

Chia chia chia!

Macam mana dengan ayat pickup line edisi pertama ini? Adik-adik dan akak-akak ada yang melting? Haha. Bagi abang-abang, adik-adik serta pakcik-pakcik yang tengah membaca tu, apa tunggu lagi? Nak cuba ayat pickup line untuk menambat hati wanita? Silakan. :D

Dapatkan lebih banyak lagi ayat pickup line dalam laman fanpage facebook: Himpunan pickup line Sepahtu Reunion.

Himpunan ayat pickup line Malaysia (part 2)

$
0
0
Himpunan ayat pickup line Malaysia (part 2) merupakan kesinambungan kepada 10 ayat pickup line popular membuatkan hati wanita cair sebelum ini. Namun pada lembaran kali ini, agak berlainan sedikit. Setelah mengambil kira pendapat pembaca, kami telah membuat pembaharuan dengan membuat pickup line bergambar. Semoga terhibur hendaknya.

Pickup line Malaysia hanya hiburan semata.

"Kat sekolah awak ambil subjek chemistry?"
"Ya. Kenape?"
"Sebab saya rasakan ada chemistry di antara kita".

Chia chia chia! :D

"Awak sudikah awak terima cinta saya?"
"Tapi.. saya tak boleh.."
"Kenapa tak boleh?"
"Saya memang tak boleh tak cintakan awak".

Chia chia chia! :D

"Boleh tak saya ambil gambar awak?"
"Buat pe?"
"Nak tunjuk bukti kat kawan yang bidadari
syurga sebenarnya menag wujud".

Chia chia chia! :D

"Awak pernah kerja KFC eh?"
"Ya. Lepas SPM dulu. Kenape?"
"Sebab sekarang ayam (I am)
In love with you".

Chia chia chia! :D

"Tahu tak sampai sekarang aku
masih tak dapat membaca?"
"Baca ape?"
"Baca isi hati kamu".

Chia chia chia! :D

"Awak suka milo atau kopi?"
"Hmm.. saya pilih kopi"
"Kopi?"
"Ya. Kopi nang (ku pinang)
Kau dengan Bismillah".

Chia chia chia! :D

"U ade pelampung tak?"
"Tak ade. Kenape?"
"Kalau macam tu, jangan hairanlah
kalau U tenggelam dalam hati I".

 Chia chia chia! :D

"Betul ke ustaz duduk Klang?"
"Ye. Kenape?"
"Patutlah hati saya Klang (kelam)
Kabut tengok ustaz".

Chia chia chia! :D

Pickup line daripada Taufiq Hanafi
a.k.a Abu (pelakon filem Ola bola)

"Walaupun saya berjaya
menjaringkan gol yang cantik,

tetapi tidak sama seperti saya
menjaringkan sayang di hati
awak".

Chia chia chia! :D

*****

Sekian. Setakat ini dahulu untuk kali ini. Akak-akak, adik-adik comel yang tengah membaca tu ada yang melting tak? Kalau ada jangan salahkan penulis pula. Haha. Sekadar hiburan semata dan semoga terhibur.

Dapatkan lebih banyak lagi ayat pickup line dalam laman fanpage facebook --> Himpunan pickup line Malaysia.

Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik

$
0
0
Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Denaihati ataupun nama sebenarnya Tuan Hj Amir Hassan. Satu nama yang cukup gah dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang blogger berpengalaman yang telah memenangi banyak anugerah termasuklah anugerah Malaysia Social Media Week (MSMW).


Kali ini Denaihati muncul lagi dengan satu contest "Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014" yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Kali ini Denaihati tidak bersendirian mengadakan Contest ini kerana turut ditaja dan ditemani oleh portal berita masam lagi mengancam iaitu asamboi.my. Bagi yang ingin menyertai contest yang berbaki beberapa hari lagi ini bolehlah klik banner dibawah.

Cabaran Duit Raya 2014

Baiklah di sini saya akan review tiga entri Denaihati yang terbaik mengikut pandangan peribadi saya. Kalau diikutkan memang banyak entry terbaik daripada Denaihati ini tetapi memadai tiga sahaja untuk kali ini takut-takut tak cukup pula blog ini nak tulis nanti.

3. Rania nama Islam Felixia Yeap.
Saya mempunyai satu tabiat pelik apabila ada blog yang menulis berkaitan Felixia Yeap cepat sahaja tangan ini nak klik. Semenjak mendapat tahu Felixia mengenakan pakaian berhijab dulu saya sudah mula mengikuti perkembangannya.

Pada tarikh 2 julai lepas saya sempat singgah melihat artikel yang ditulis oleh Denaihati dengan tajuk 'Rania nama Islam Felixia Yeap' dan saya berpuas hati denga artikel tersebut. Kenapa? Sebab dalam artikel tersebut bukan sahaja menulis pasal Felixia Yeap malah bercerita lebih dalam daripada itu menyentuh sedikit aspek hidayah.

Artikel tersebut cukup lengkap daripada tajuk asal nama islam Felixia masuk ke dalam sikit membawa pembaca menyelami erti hidayah. Cukup kreatif bagi saya dan sebab itulah saya meletakkan entri ini dalam senarai favourite saya dalam blog tersebut.


2. Sebab doa tidak diterima dan zuriat nakal
"Mungkinkah ini sebabnya doa kita tidak diterima, mungkinkah ini sebabnya zuriat kita nakal, mungkinkah ini sebabnya kita tidak akan dapat syafaat Rasulullah … Mungkinkah?". Inilah antara ayat yang terkandung dalam artikel ini.

Entri ini pula merupakan entri serius yang disertakan dengan satu video yang cukup menyentuh yang patut diberi perhatian. Mengapa doa kita tidak diterima, mengapa zuriat kita nakal? jawapannya ada dalam entri tersebut. Saya tak nak mengulas panjang mengenainya dan anda rujuklah sendiri video tersebut dan anda akan mendapat jawapan kenapa kita sering berdoa dan tidak diterima. Perhatikan apa yang diperkatakan ustaz Don dalam video tersebut pada minit 2.42.

Satu perkongsian yang padat buat renungan kita dan jangan tak tahu artikel ini merupakan antara artikel yang paling banyak dikongsikan dengan dua ribu lebih share. Satu entri menarik dan terbaik kalau tidak takkan sampai mencecah share daripada pembaca sebanyak itu.


1. Orang tabligh.
Antara artikel yang paling saya suka ialah pendapat ikhlas beliau mengenai orang tabligh. Entri yang menceritakan pandangan peribadi beliau mengenai pergerakan jemaah tabligh. Dalam entri tersebut ada berkongsi mengenai perasaan orang tabligh yang mungkin selama ini kita tak pernah tahu.

Untuk pengetahuan, lebih daripada sekali saya membaca artikel tersebut disebabkan tersentuh dengan cara penulisan beliau dalam menerangkan tentang jemaah tabligh. Satu penulisan ikhlas bagi saya kerana berjaya menyentuh dan saya letakkan entri ini di ranking yang pertama entri terbaik Denaihati.


Di Malaysia ini selain daripada Hasrul Hassan, blog Denaihati juga merupakan blog yang paling saya jelous. Saya cuba untuk menulis artikel seperti beliau yang dilengkapi dengan info yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan dirangkumkaan dalam satu entri dengan satu ulasan yang mantap. Memang sangat-sangat jelous. Bila agaknya dapat buat entri seperti mereka.

Seperti yang saya pernah sebut dalam entri sebelum ini, satu ayat yang boleh saya ungkapkan, "saya merupakan orang yang paling malang kerana baru mengenali blog beliau". Syabas Tuan Denaihati.

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2016 (jun-julai)

$
0
0
'Transfer window' pemain akan dibuka tidak lama lagi. Pastinya semua pasukan akan cuba memantapkan lagi pasukan untuk mengharungi baki perlawanan dengan mencari pemain-pemain baru. Tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana perpindahan pertengahan musim dibuka pada jun-julai bukannya april seperti sebelumnya.

Di bawah ini saya senaraikan pemain-pemain di liga Malaysia yang bakal berhijrah bagi perpindahan yang akan dibuka 20 Jun - 15 Julai 2016 ini. Seperti biasa selagi tanda (Signed) TIDAK diletakkan ditepi nama pemain itu bermakna pemain tersebut masih berstatus rumours. Saya akan menyenaraikan perpindahan pemain daripada status rumours sehinggalah pemain tersebut sah menyertai pasukan baru.

KELANTAN
Akram Abdul Ghanee (Import Maldives)

KEDAH
Bruno Lopes (Import Brazil)
Wilmar Jordan Gil (Import Colombia)
Marko Maletic (Import Bosnia Herzegovina)

SARAWAK
Andrew James Russel (South China FC)

PERAK
Xhevair Sukaj (Import Albania)

PDRM FA
De Paula (Bekas import Selangor)

PAHANG
Faysal Shayesteh (Pemain kebangsaan Afghanistan)

JOHOR DARUL TAKZIM II
Rafael De Jessus Bonfim (Import Brazil)

NEGERI SEMBILAN
Goran Jerkovic
Henrique Andrade Silva

MELAKA UNITED
Yashir Pinto Islame (Import Chile)

**************

Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Harap Maklum.


Last update 10.30pm, 14 jun 2016


Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2017

$
0
0
Di bawah ini saya senaraikan pemain-pemain di liga Malaysia yang bakal berhijrah bagi perpindahan 2017. Seperti biasa selagi tanda (Signed) belum diletakkan ditepi nama pemain itu bermakna pemain tersebut masih berstatus rumours. Saya akan menyenaraikan perpindahan pemain daripada status rumours sehinggalah pemain tersebut sah menyertai pasukan baru.

JOHOR DARUL TAKZIM 1
Afiq Fazail (JDT II)
Darren Lok (JDT II)
Che Rashid Che Halim (JDT II)
Nurridzuan Abu Hassan (Perak)
Nazmi Faiz Mansor (Selangor)
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Nur Shamie Izuan (Sarawak)
Safawi Rashid (T-team)
Haziq Nadzli (PDRM)

FELDA UNITED
Junior Edstal (JDT 1)

SELANGOR
Safee Sali (JDT 1)
Amri Yahyah (JDT 1)

PULAU PINANG


KELANTAN


KEDAH
Shakir Shaari (JDT 1)

SARAWAK


PERAK


PDRM FA


PAHANG


TERANGGANU


T-TEAM

LIGA PERDANA

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)


PERLIS


DRB HICOM



JOHOR DARUL TAKZIM II
Fadhli Shas (JDT I)
Gary Steven Robbat (JDT I)
Hasbullah Abu Bakar (JDT I)

NEGERI SEMBILAN


MELAKA UNITED


KUALA LUMPUR


SABAH


UITM FC



SIME DARBY



KUANTAN


PKNS



**************

Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Harap Maklum.

Last update: 17 oktober 2016

Siapa Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada

$
0
0
Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada, atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada telah disahkan sebagai ketua jurulatih seperti yang dinyatakan di website rasmi Football Association of Malaysia (FAM).
Digelar sebagai 'The Professor' disebabkan kaedah pengurusan yang bijak, Vingada memulakan kerjaya kejurulatihan beliau sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal Bawah-20. Bersama Queiroz, mereka telah membawa Portugal ke arah kejayaan bermula dari bawah iaitu Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1989 dan 1991.
Selepas kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun 1996.
Kredit gambar: Football Association of Malaysia

DI rantau Asia, beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).
Pengalaman kejurulatihan di peringkat kelab pula beliau pernah membimbing kelab Zamalek FC dari Mesir dan Seoul FC dari Korea Selatan menjuarai liga dan piala tempatan semasa bersama kelab-kelab tersebut. Kelayakan beliau yang mengagumkan juga termasuk seperti pernah menjadi jurulatih untuk pasukan gergasi Iran, Persepolis FC dan kelab dari Liga Super China, Dalian Shide FC. Kerjaya terakhir beliau adalah di India sewaktu mengendalikan kelab NorthEast United FC ke tangga kelima (sekadar di bawah kelayakan untuk kejuaraan 'playoff') Liga Super India.

Vingada, 64 tahun, dikenali sebagai seorang jurulatih yang mengamalkan corak kejurulatihan yang serius dan disertakan dengan cara beliau yang tegas dan dominan merupakan faktor utama beliau dipilih sebagai pilihan terbaik untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.
Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk memulakan tugasannya secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dan memulakan kerjasama dengan para pemain.

15 sebab kenapa kahwin muda

$
0
0

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.
4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12 Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13 Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan

14 Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15 Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Senarai penuh perpindahan pemain EPL 2014/2015

$
0
0
This information collected from other sources such as newspapers, blogs and other social sites. For your information, this article will be updated constantly by rumours until the player joining a new team. Symbol (Signed) will be placed by the name of the player who has signed a contract with a team.

Fabregas to Chelsea
ARSENAL
Mathieu Debuchy (Newcastle Utd) Signed
Calum Chambers (Southampton) Signed
Alexis Sanchez (Barcelona) Signed
David Ospina (Nice) Signed
Danny Welbeck (Man. United) Signed

CHELSEA
Diego Costa (Atletico Madrid) Signed
Cesc Fabregas (Barcelona) Signed
Filipe Luis (Atletico Madrid) Signed
Dedier Drogba (Galatasaray) Signed
Loic Remy (QPR) Signed

MANCHESTER UNITED
Luke Shaw (Southampton) Signed
Ander Herrera (Athletic Bilbao) Signed
Marcos Rojo (Sporting) Signed
Angel Di Maria (Real Madrid) Signed
Daley Blind (Ajax Amsterdam) Signed
Radamel Falcao (AS Monaco) Signed

LIVERPOOL
Rickie Lambert (Southampton) Signed
Dejan Lovren (Southampton) Signed
Adam Lallana (Southampton) Signed
Emre Can (Bayern Liverkusen) Signed
Javier Manquillo (Athletico Madrid) Signed
Alberto Moreno (Sevilla) Signed
Mario Balotelli (Ac Milan) Signed
Divock Origi (Lille) Signed

MANCHESTER CITY
Frank Lampard (New York Fc) Loan
Bacary Sagna (Arsenal) Signed
Fernando (FC Porto) Signed
Eliaquim mangala (FC Porto) Signed
Bruno Zuculini (Racing Club) Signed
Willy Caballero (Malaga) Signed

TOTTENHAM HOTSPER
Michel Vorm (Swansea) Signed
Ben Davies (Swansea) Signed
Jay Rodriguez (Southampton) Signed
Morgan Schneiderlin (Southampton) Signed

NEWCASTLE UNITED

Facundo Feyrerra (Shaktar Doneskt) Signed

EVERTON
Romelu Lukaku (Chelsea) Signed
Samuel Eto'o (Chelsea) Signed
Christian Atsu (Chelsea) Signed

WEST HAM
Carl Jekinson (Arsenal) Signed
Morgan Amalfitano (Marseille) Signed

SOUTHAMPTON
Ryan Bertrand (Chelsea) Signed
Fraser Forster (Celtic) Signed
Shane Long (Hull City) Signed
Toby Alderweireld (Athletico Madrid) Signed

QUEEN PARK RANGERS
Rio Ferdinand (Man. United) Signed
Steven Caulker (Cardiff City) Signed
Jordon Mutch (Cardif City) Signed
Mauricio Isla (Juventus) Signed
Leroy Fer (Norwich City) Signed
Eduardo Vargas (Napoli) Signed
Sandro (Tottenham) Signed
Nico Kranjcar (Kyiv) Signed

Other football clubs

BARCELONA
Ter Stegen (Borussia Mönchengladbach) Signed
Luis Suarez (Liverpool) Signed
Jeremy Mathieu (Valencia) Signed
Ivan Rakitic (Sevilla) Signed
Thomas Varmaelen (Arsenal) Signed

REAL MADRID
Keylor Navas (Levante) Signed
James Rodriguez (AS Monaco) Signed
Toni Kroos (Bayern Munich) Signed
Javier Hernandez (Man. United) Signed

ATHLETICO MADRID
Antoine Griezmann (Real Sociedad) Signed
Mario Mandzukic (Bayern Munich) Signed
Cristian Asaldi (Zenit St. Petersburg) Signed
Raul Jimenez (America) Signed

VALENCIA
Alvaro Negredo (Man. City) Signed

BAYERN MUNICH
Pepe Reina (Napoli) Signed
Mehdi Benatia (AS Roma) Signed
Xavi Alonso (Real Madrid) Signed

DORDMUND
Shinji Kagawa (Man. United) Signed

JUVENTUS
Patrick Evra (Man. Utd) Signed
Alvaro Morata (Real Madrid) Signed
Valerio Rosseti (Ac Siena) Signed

INTER MILAN
Nemaja Vidic (Man. United) Signed
Pablo Osvaldo (Southampton) Signed
Gary Medel (Cardiff City) Signed

AC MILAN
Alex (PSG) Signed
Adel Taarabt (QPR) Signed
Diego Lopez (Real Madrid) Signed
Fernando Torres (Chelsea) Signed
Marco Van Ginkel (Chelsea) Signed

AS ROMA
Ashley Cole (Chelsea) Signed

NAPOLI
De Guzman (Villarreal) Signed
Michu (Swansea) Signed

FIORENTINA
Marko Marin (Chelsea) Signed

PARIS SAINT GERMAIN (PSG)
David Luiz (Chelsea) Signed

AS MONACO
Dimitar Berbatov (Fulham) Signed
Maarten Stekelenburg (Fulham) Signed

BORDEAUX
Diego Contento (Bayern Munich) Signed

OLYMPIACOS
Ibrahim Afellay (Barcelona) Signed

FC PORTO
Adrian Lopez (Athletico Madrid) Signed

NEW YORK FC
David Villa (Athletico Madrid) Signed

SANTOS
Robinho (AC Milan) Signed

Aku pengembara: Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah tarikh tutup perpindahan pemain diumumkan. Untuk pengetahuan, tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru. Terima kasih.
Viewing all 49 articles
Browse latest View live