Quantcast
Channel: Aniq Bukhary Channel
Viewing all articles
Browse latest Browse all 49

Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik

$
0
0
Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Denaihati ataupun nama sebenarnya Tuan Hj Amir Hassan. Satu nama yang cukup gah dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang blogger berpengalaman yang telah memenangi banyak anugerah termasuklah anugerah Malaysia Social Media Week (MSMW).


Kali ini Denaihati muncul lagi dengan satu contest "Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014" yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Kali ini Denaihati tidak bersendirian mengadakan Contest ini kerana turut ditaja dan ditemani oleh portal berita masam lagi mengancam iaitu asamboi.my. Bagi yang ingin menyertai contest yang berbaki beberapa hari lagi ini bolehlah klik banner dibawah.

Cabaran Duit Raya 2014

Baiklah di sini saya akan review tiga entri Denaihati yang terbaik mengikut pandangan peribadi saya. Kalau diikutkan memang banyak entry terbaik daripada Denaihati ini tetapi memadai tiga sahaja untuk kali ini takut-takut tak cukup pula blog ini nak tulis nanti.

3. Rania nama Islam Felixia Yeap.
Saya mempunyai satu tabiat pelik apabila ada blog yang menulis berkaitan Felixia Yeap cepat sahaja tangan ini nak klik. Semenjak mendapat tahu Felixia mengenakan pakaian berhijab dulu saya sudah mula mengikuti perkembangannya.

Pada tarikh 2 julai lepas saya sempat singgah melihat artikel yang ditulis oleh Denaihati dengan tajuk 'Rania nama Islam Felixia Yeap' dan saya berpuas hati denga artikel tersebut. Kenapa? Sebab dalam artikel tersebut bukan sahaja menulis pasal Felixia Yeap malah bercerita lebih dalam daripada itu menyentuh sedikit aspek hidayah.

Artikel tersebut cukup lengkap daripada tajuk asal nama islam Felixia masuk ke dalam sikit membawa pembaca menyelami erti hidayah. Cukup kreatif bagi saya dan sebab itulah saya meletakkan entri ini dalam senarai favourite saya dalam blog tersebut.


2. Sebab doa tidak diterima dan zuriat nakal
"Mungkinkah ini sebabnya doa kita tidak diterima, mungkinkah ini sebabnya zuriat kita nakal, mungkinkah ini sebabnya kita tidak akan dapat syafaat Rasulullah … Mungkinkah?". Inilah antara ayat yang terkandung dalam artikel ini.

Entri ini pula merupakan entri serius yang disertakan dengan satu video yang cukup menyentuh yang patut diberi perhatian. Mengapa doa kita tidak diterima, mengapa zuriat kita nakal? jawapannya ada dalam entri tersebut. Saya tak nak mengulas panjang mengenainya dan anda rujuklah sendiri video tersebut dan anda akan mendapat jawapan kenapa kita sering berdoa dan tidak diterima. Perhatikan apa yang diperkatakan ustaz Don dalam video tersebut pada minit 2.42.

Satu perkongsian yang padat buat renungan kita dan jangan tak tahu artikel ini merupakan antara artikel yang paling banyak dikongsikan dengan dua ribu lebih share. Satu entri menarik dan terbaik kalau tidak takkan sampai mencecah share daripada pembaca sebanyak itu.


1. Orang tabligh.
Antara artikel yang paling saya suka ialah pendapat ikhlas beliau mengenai orang tabligh. Entri yang menceritakan pandangan peribadi beliau mengenai pergerakan jemaah tabligh. Dalam entri tersebut ada berkongsi mengenai perasaan orang tabligh yang mungkin selama ini kita tak pernah tahu.

Untuk pengetahuan, lebih daripada sekali saya membaca artikel tersebut disebabkan tersentuh dengan cara penulisan beliau dalam menerangkan tentang jemaah tabligh. Satu penulisan ikhlas bagi saya kerana berjaya menyentuh dan saya letakkan entri ini di ranking yang pertama entri terbaik Denaihati.


Di Malaysia ini selain daripada Hasrul Hassan, blog Denaihati juga merupakan blog yang paling saya jelous. Saya cuba untuk menulis artikel seperti beliau yang dilengkapi dengan info yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan dirangkumkaan dalam satu entri dengan satu ulasan yang mantap. Memang sangat-sangat jelous. Bila agaknya dapat buat entri seperti mereka.

Seperti yang saya pernah sebut dalam entri sebelum ini, satu ayat yang boleh saya ungkapkan, "saya merupakan orang yang paling malang kerana baru mengenali blog beliau". Syabas Tuan Denaihati.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 49