Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari Ke-2 presiden Tajikistan H.E. Emomali Rahmon berada di Malaysia. Lawatan hari ke-2 ini diisi dengan lawatan ke salah sebuah universiti yang menempatkan ramai pelajar Tajikistan iaitu Universiti Limkokwing. Di bawah ini saya sertakan sedikit gambar lawatan sekitar hari ke-2 untuk tatapan anda. Saksikanlah.
Ini sahaja yang dapat saya sajikan kepada anda hasil daripada lensa kamera saya. Mana-mana agensi ataupun orang perseorangan yang inginkan gambar ini diminta maklumkan kepada saya (maklumkan saja, tak marah pun). Ia Sebagai tanda hormat anda dengan hasil kerja tangan photographer muda macam saya ini. Kesian dekat saya berebut-rebut dengan wartawan daripada Tajikistan untuk mendapatkan setiap shoot yang menarik.
Sebelum saya mengakhiri tulisan kali ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Firdavsi Kholiqov kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi photographer sepanjang event berlangsung (macam tau-tau je saya ni photojournalist..) :D
Ketibaan H.E. Emomali Rahmon Ke perkarangan kampus Limkokwing |
Kedatangan yang disambut dengan pakaian tradisi masyarakat Malaysia |
Emomali Rahmon melihat tarian Melayu yang dipersembahkan di laluan masuk |
Penerangan mengenai Universiti Limkokwing daripada wakil Limkokwing |
Wajah pemimpin Tajikistan yang cukup disegani |
Meeting selama hampir sejam dengan pihak pentadbiran Universiti |
Ucapan daripada Tan Sri Limkokwing di Hall of Fame selepas majlis bersambung sebelah petang |
Persembahan koir oleh kelab koir Limkokwing yang turut dianggotai Shaari AF (bekas student Limkokwing) |
Ucapan President Tajikistan |
Antara student yang hadir dalam majlis tersebut. |
Hero of Tajikistan |
Rombongan presiden berangkat pulang sambil diiringai Tan Sri Limkokwing |