Quantcast
Channel: Aniq Bukhary Channel
Viewing all articles
Browse latest Browse all 49

Maksud sebenar perkataan 'cia cia cia' yang kini trending

$
0
0
Apakah maksud perkataan 'cia cia cia' ataupun sesetengah menyebutnya 'chia chia chia' yang kini menjadi trending dilaman sosial? Di sini saya menerangkan serba sedikit maksud perkataan ini berdasarkan pengetahuan serta research yang telah dibuat.

Rancangan yang telah memperkenalkan fenomena 'cia cia cia'.

Trend ini bermula daripada satu rancangan yang disiarkan di astro warna iaitu rancangan sepahtu reunion. Perkataan ‘cia cia cia’ sebenarnya adalah gelak ketawa kumpulan ini selepas memberikan ayat-ayat manis yang mempunyai unsur memikat hati wanita (pickup line).

Untuk memahami dengan lebih jelas, video di bawah ini dapat memberikan gambaran mengenai istilah 'cia cia cia' ini.


Ia pada dasarnya merupakan perkataan ketawa 'hahaha' yang telah digantikan dengan perkataan 'cia cia cia'. Jangan tak tahu, perkataan ini sudah pun menjadi trending dan kerap digunakan dilaman-laman sosial termasuklah aplikasi whatsapp.

Contoh situasi penggunaan 'cia cia cia'
Terima kasih kepada pemilik gambar. Ada juga mengatakan idea 'cia cia cia' ini diambil daripada rancangan 'opera van java' dari Indonesia seperti mana yang diperkatakan di laman sosial.

Bagi saya tak kisahlah daripada mana pun. Tapi hakikatnya, sepahtu reunionlah yang telah membawa serta memperkenalkan fenomena 'cia cia cia' ini sehingga menjadi trending di Malaysia. Kini terjawablah sudah persoalan yang bermain dibenak pembaca mengenai maksud sebenar perkataan ini.

Jadi apa tunggu lagi? nak cuba pickup line untuk mencairkan hati wanita-wanita diluar sana? dapatkan lebih banyak lagi ayat pickup line dalam laman fanpage facebook: Himpunan pickup line Sepahtu Reunion.

SELAMAT MENCUBA! :D

Viewing all articles
Browse latest Browse all 49

Trending Articles